{"title":"Tumbuh Emosi","description":"\u003cp\u003eBuku-buku yang menawarkan ruang untuk kita kembali melihat luka dengan lensa tumbuh.\u003c\/p\u003e","products":[{"product_id":"kita-hanya-sebatas-senja","title":"Kita Hanya Sebatas Senja","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eMungkin.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eMungkin sekarang kita sedar bahawa perjalanan saat ini bukanlah perjalanan untuk mencintai seseorang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eMungkin sekarang kita perlu sedar, perjuangan kita bukan perjuangan untuk memberikan harapan kepada sesiapa. \u003cbr\u003e\u003cbr\u003eMungkin sekarang, hal yang sepatutnya kita lakukan ialah mencintai diri dan menemukan ruang nyaman di saat kita bersendirian.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eMungkin, ini masa untuk kita mencari jawapan-jawapan tentang diri kita yang hilang.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eMungkin sebuah buku catatan dan puisi, atau boleh jadi teratak tempat kamu singgah dan berehat seketika.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921452527807,"sku":"EMGB-KITHAN-SC-021","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/20_a6cf74eb-f463-4288-b811-2f89ccf46059.png?v=1769657392"},{"product_id":"mak-jika-anakmu-ini-tidak-punya-apa-apa-adakah-kau-akan-kecewa","title":"Mak, jika anakmu ini tidak punya apa-apa, adakah kau akan kecewa?","description":"\u003cp data-pm-slice=\"1 1 []\"\u003e“Mak, kalaulah mak nak tahu keadaan anak mak, anak mak sedang lelah. Anak mak berpura-pura kuat semata demi mewujudkan segala. Sedangkan dirinya lelah. Mak jadi alasan terkuat untuk anak mak bertahan sehingga hari ini.”\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTanpa doa seorang mak, perjalanan ini gelap, tiada tujuan, tiada harapan, tiada perjuangan. Tanpa doa mak, kehidupan anak mak tidak akan bahagia. Jangan hilangkan doa-doa itu ya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Mak, kalau anakmu ini tidak punya apa-apa, adakah kamu akan kecewa?”\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSemua anak takkan terlepas daripada merasakan perasaan ini, Ya, kita sedang \u003cem\u003estruggle\u003c\/em\u003e dengan kedewasaan, terumbang-ambing dengan goyahnya dunia, masih mencari arah di persimpangan yang bercabang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBagaimanakah ingin menjadi seorang anak yang berguna yang memperkenalkan makna bahagia? Mungkin ada jawapan yang boleh kita temui dengan tenggelam dalam buku ini.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921452757183,"sku":"EMGB-MAKJIK-SC-028","price":29.4,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/32_77ed11ac-2e04-4c8d-9caf-57c1168098b9.png?v=1769657313"},{"product_id":"perempuan-dan-sejuta-ekspektasi","title":"Perempuan dan Sejuta Ekspektasi","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eTetaplah bermanifestasi walau terkadang dibunuh kejam oleh ekspektasi. Setidaknya kau tahu kau sedang mencuba dan graf kehidupan kau tidak hanya menyentuh garis lurus “stagnant”.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKau tidak perlu bermuram durja sepurnama; cukup hanya menawarkan senyuman walau ketika dunia sedang tidak baik-baik sahaja.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAtau mungkin menakung sejenak air mata yang tidak tertahan kerana kita sedang bertempur mengharungi hidup yang kadang tidak ramah ini.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAtau mungkin juga kau boleh berteman dengan sepi dan berkawan dengan alam untuk sesi rehat dan rawat diri dari berkunjung ke rumah kesedihan yang kian beratap di sebuah danau kecil yang berbentuk hati.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDan pada akhirnya; air mata adalah bukti di mana kau bertahan begitu kuat untuk menvalidasi perasaan sebagai manusia dan bukannya robot semata.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDan pastinya perihal malam adalah waktu yang paling jujur serta bantal menjadi saksi air mata kau diseka perlahan.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921452789951,"sku":"EMGB-PERDAN-SC-029","price":29.4,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/31_cb6afa02-adcf-4093-8bd3-066597793e14.png?v=1769657312"},{"product_id":"memaafkan-tidak-semestinya-melupakan","title":"Memaafkan Tidak Semestinya Melupakan","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eHidup memang akan sentiasa dipenuhi dengan ekspektasi, dan ini tidak salah. Cuma saja, kita tidak tahu mana satu ekspektasi yang wajar kita kejar dan mana satu harapan palsu yang selamanya tidak akan pernah dapat kita gapai. Jangkaan sederhana tidak bermakna kita pasrah atau tidak bermimpi, tetapi kita belajar memberi ruang kepada hikmah dan kemungkinan.\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDan dalam ruang itu, selalunya kita akan temui satu bentuk kebahagiaan yang lebih dalam. Tentang kebahagiaan yang tidak terikat kepada apa yang kita miliki, tetapi pada bagaimana kita memaknainya.\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKita belajar bahawa hidup yang bahagia bukanlah hidup yang sempurna, tetapi hidup yang mampu menerima ketidaksempurnaan dengan dada yang lapang. Dan buku ini mengajar kita apa itu erti ekspektasi dan bagaimana untuk menguruskannya.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921453641919,"sku":"INTGB-MEMTID-SC-050","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/49_4f0ba0f0-6a0d-4040-8886-caf9035bab63.png?v=1769657196"},{"product_id":"kita-hanya-sehelai-daun-gugur","title":"Kita Hanya Sehelai Daun Gugur","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eIlham tentang buku ini tercetus ketika saya sedang duduk termenung sendirian di dalam kereta, melihat daun-daun yang gugur di cermin hadapan. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSaya perhatikan daun-daun yang gugur itu ada pelbagai jenis, saiz, bentuk dan warna. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDari situ, saya rasa setiap daun itu mempunyai ceritanya yang tersendiri. Sama ada kita peduli atau tidak, daun yang gugur itu pernah tumbuh, bertahan dan memberi makna. Sebelum akhirnya, tiba masa untuk gugur. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDalam karya sederhana ini, adanya tulisan-tulisan refleksi kehidupan yang ilhamnya datang daripada pengamatan terhadap hal-hal kecil dalam hidup, yang berlaku secara rawak dan tidak tentu, yang selama ini mungkin kita tidak hiraukan namun bagi saya setiap daripadanya mempunyai makna. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMudahnya, karya ini adalah tentang \u003cem\u003ethe art of noticing\u003c\/em\u003e (seni mengamati hal-hal kecil yang berlaku secara rawak dalam hidup).\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJuga saya masukkan di dalamnya catatan peribadi dan puisi yang ditulis sepanjang perjalanan hidup saya yang tidak seberapa ini. Saya kutip dari kotak ingatan agar menjadi bukti, bahawa saya pernah menjadi manusia. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJujurnya, saya tidak memaksa anda untuk memahami apa yang ditulis. Saya cuma mahu anda hayati dan rasai sahaja apa yang ada dalam buku ini—\u003cstrong\u003e\u003cem\u003eKita Hanya Sehelai Daun Gugur.\u003c\/em\u003e\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921453904063,"sku":"EMGB-KITHAN-SC-057","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/55_b1e8901f-8fa8-4450-a4b3-ba4d7e1d6538.png?v=1776243461"},{"product_id":"ayah-bolehkah-sekali-ini-kita-menangis","title":"Ayah, bolehkah Sekali ini Kita Menangis?","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eSetiap anak pernah bertanya dalam diam, \u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Kenapa ayah tak pernah memeluk?”\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e“Kenapa ayah selalu diam ketika aku ingin bercerita?”\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuku ini lahir daripada pertanyaan-pertanyaan seorang anak terhadap seorang ayah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eIa bukan kisah untuk menyalahkan, tetapi usaha untuk memahami. Tentang seorang anak yang belajar melihat ayahnya bukan sebagai sosok sempurna, tetapi sebagai manusia yang juga pernah lelah, pernah salah dan pernah terluka.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMelalui setiap halaman, kita menyelami perjalanan seorang anak yang cuba berdamai dengan masa lalunya—belajar memaafkan, belajar memahami dan akhirnya belajar mencintai dalam diam.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKerana di sebalik segala kecewa dan marah, cinta seorang anak kepada ayahnya tidak pernah benar-benar hilang. Ia hanya menunggu untuk difahami agar akhirnya anak akan memahami bahasa sunyi seorang ayah.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921453936831,"sku":"EMGB-AYABOL-SC-058","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/56_258dc406-5ce4-424d-9835-576af1f18607.png?v=1776243275"},{"product_id":"sekadar-pernah","title":"Sekadar Pernah","description":"\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eMaafkan saya. Saya bersalah kerana menjadi penulis yang sering memberitahu hal-hal yang menyedihkan tentang hidup. Pernah suatu ketika pembaca bertanya, bagaimana mahu keluar dari luka? Saya memberitahu: hidup dan luka ialah teman seiringan. Hidup hanyalah perjalanan kita melalui luka demi luka. Tak ada jalan keluar. \u003c\/span\u003e\u003cb\u003e\u003c\/b\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003ePembaca itu kaku mendengar jawapan saya. Kenapa semudah itu saya menjawab? Fikirlah dulu. Tapi begitulah saya. Saya tak mampu menjawab apa yang saya tidak percaya. \u003c\/span\u003e\u003cb\u003e\u003c\/b\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eSeperti buku ini. Maaf, sekali lagi saya memberitahu hal yang paling menyedihkan tentang hidup. Bahawa hidup hanya sekadar pernah. Baik orangnya, detiknya, sehingga ombak di pantai yang mengenai kaki kita itu pun, hanya sekadar pernah. Tidak akan ada lagi ombak yang sama mengenai kaki kita. Tidak ada!\u003c\/span\u003e\u003cb\u003e\u003c\/b\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eSemuanya pasti akan menjadi pernah bila sampai masanya. Buku ini juga. Buku yang sekadar mengumpul sepilihan tulisan saya yang berusaha memaknai apa yang pernah dalam hidup saya. \u003c\/span\u003e\u003cb\u003e\u003c\/b\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eTiada siapa pernah benar-benar bersedia untuk melepaskan, termasuklah saya. Buku ini buktinya.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":45626259964095,"sku":"EMGB-SEKPER-SC-069","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/49_3a428238-afcc-45c2-8fbf-afc4b765def7.png?v=1778570848"}],"url":"https:\/\/tentangkita.my\/collections\/tumbuh-emosi.oembed","provider":"Tentang Kita","version":"1.0","type":"link"}