{"title":"Tumbuh Intelektual","description":"\u003cp\u003eBuku-buku yang menawar wacana segar tentang hal-hal kemanusiaan seperti psikologi, emosi dari pelbagai sudut pandang.\u003c\/p\u003e","products":[{"product_id":"hidup-dengan-seorang-narsisis","title":"Hidup dengan Seorang Narsisis","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eManusia melakukan banyak hal atas nama cinta. Atas nama cinta, seseorang bisa mendangkalkan fikiran, menutup mata, memekak telinga daripada mendengar kata-kata dan melihat kenyataan. Larut dalam kepekatan derita yang tidak punya jalan keluarnya. Atau berangkali , gagal melihat pintu keluarnya.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eNaskhah Narsisis ini berisah tentang cinta yang tersalah arah. Mereka yang menuntut untuk rasa dipuja dan dicintai orang lain, hanya untuk menutup cela keurangan yang ada pada diri sendiri.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921452560575,"sku":"INTGB-HIDDEN-SC-022","price":29.4,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/24_5452c1d3-93b1-4b05-94a0-1b8e117dd686.png?v=1769663375"},{"product_id":"ketika-kita-sedang-menghancurkan-diri-sendiri","title":"Ketika Kita Sedang Menghancurkan Diri Sendiri","description":"\u003cp data-pm-slice=\"1 1 []\"\u003eTentang tabiat menyakiti diri sendiri. \u003cbr\u003e\u003cbr\u003eBuku ini membawa tentang \u003cem\u003eself-destructive behaviour.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921452724415,"sku":"INTGB-KETKIT-SC-027","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/30_3a8f54d3-b5fb-4bbf-a7a1-c9e3e26b6bfd.png?v=1769657325"},{"product_id":"belajar-hidup-dari-hamka","title":"Belajar Hidup Dari Hamka","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eSaya tidak pernah menjangkakan bahawa suatu hari nanti, saya akan menulis tentang Hamka. Ketika mula mengenal Hamka pada tahun 2014, saya hanya seorang pencari; tidak menyangka jalan jauh ke Maninjau, Jakarta, Surabaya, Jogjakarta dan Mekah untuk menemukan Hamka akhirnya hanya menemukan diri sendiri.\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTernyata, ia lebih berharga. Ternyata, Hamka melorongkan saya tepat ke dalam diri saya sendiri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuku ini menawar jatuh-bangun emosi seorang saya yang muda dan rebung, sebelum didewasakan oleh seorang Hamka yang juga punya gelora: ditangkap, ditekan, dikhianati, dizalimi, sebelum seluruh Indonesia akhirnya menyesali kepergiannya.\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBerkali-kali saya membatalkan hasrat untuk menerbitkan sebahagian besar catatan dalam buku ini, tapi ada suara kecil yang juga berkali-kali meminta agar ianya dibentangkan. Paling tidak pun, ketika dunia sudah perlahan-lahan melupakan sosok ini, saya menjadi jambatan kecil yang kembali mengingatkan, bahawa kita pernah punya figura seperti ini: seorang agamawan, cendekiawan, negarawan, sejarawan, politikus, filsuf dan semestinya, seorang pujangga bangsa.\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e— Hafizul Faiz\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921453543615,"sku":"INTGB-BELHID-SC-048","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/50_4a1ab6d7-13d4-4890-a9b7-0b0accc172f5.png?v=1769657197"},{"product_id":"memaafkan-tidak-semestinya-melupakan","title":"Memaafkan Tidak Semestinya Melupakan","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eHidup memang akan sentiasa dipenuhi dengan ekspektasi, dan ini tidak salah. Cuma saja, kita tidak tahu mana satu ekspektasi yang wajar kita kejar dan mana satu harapan palsu yang selamanya tidak akan pernah dapat kita gapai. Jangkaan sederhana tidak bermakna kita pasrah atau tidak bermimpi, tetapi kita belajar memberi ruang kepada hikmah dan kemungkinan.\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDan dalam ruang itu, selalunya kita akan temui satu bentuk kebahagiaan yang lebih dalam. Tentang kebahagiaan yang tidak terikat kepada apa yang kita miliki, tetapi pada bagaimana kita memaknainya.\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKita belajar bahawa hidup yang bahagia bukanlah hidup yang sempurna, tetapi hidup yang mampu menerima ketidaksempurnaan dengan dada yang lapang. Dan buku ini mengajar kita apa itu erti ekspektasi dan bagaimana untuk menguruskannya.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921453641919,"sku":"INTGB-MEMTID-SC-050","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/49_4f0ba0f0-6a0d-4040-8886-caf9035bab63.png?v=1769657196"},{"product_id":"sentiasa-ada-sesuatu-pada-kehidupan","title":"Sentiasa Ada Sesuatu Pada Kehidupan","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eSentiasa Ada Sesuatu Pada Kehidupan ialah sebuah perjalanan jiwa yang membawa pembaca menyelami makna hidup melalui falsafah, pengalaman peribadi dan renungan yang jujur.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDari Mesir hingga kembali ke tanah air, penulis mengajak kita memahami absurditi dunia, mencari bahagia yang sebenar, menyoal kebenaran, serta berdamai dengan masa yang terus bergerak.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuku ini bukan untuk dibaca sekali gus, tetapi untuk diselak setiap kali hati terasa berat atau fikiran kehilangan arah. Ia mengajar kita melihat hidup dengan perlahan, menerima ketidaksempurnaan, dan menemukan makna kecil yang sering tersembunyi dalam perjalanan seharian.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921454035135,"sku":"INTGB-SENADA-SC-060","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/58_d5913868-cebb-43bf-b98e-479f17846784.png?v=1776242415"},{"product_id":"seni-untuk-berani-bersemuka-rizal-rashid","title":"Seni Untuk Berani Bersemuka - Rizal Rashid","description":"\u003cp\u003eDalam kehidupan ini, ramai antara kita memilih untuk diam demi menjaga hubungan. Kita takut bersuara kerana bimbang akan mencetuskan konflik. Namun, diam yang berpanjangan sering kali memakan diri. Malah ia turut menimbulkan salah faham dan mencipta luka emosi yang tidak pernah sembuh.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuku ini membongkar seni dalam berdepan (confrontation).\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJika sebelum ini, kita menyangkakan konfrontasi akan membawa kepada pergaduhan, buku ini akan mengajar kita bahawa ia adalah kemahiran matang yang dapat menyembuhkan ketegangan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMelalui gabungan perspektif psikologi moden, kisah kehidupan sebenar dan panduan adab daripada sirah, pembaca akan dibimbing untuk memahami akar ketakutan semasa konfrontasi, lalu menguruskan emosi sendiri sebelum dapat menyampaikan kebenaran dengan cara yang beradab.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetiap bab akan membawa pembaca menelusuri perjalanan dari dalam diri-daripada mengenali ego dan ketakutan, kepada membina bahasa yang tepat dan niat yang bersih sebelum melakukan konfrontasi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKonfrontasi yang beradab dapat menguatkan mesej yang ingin disampaikan. Dan dari situlah bermulanya hubungan yang lebih sihat, matang dan bermakna.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":45288041775295,"sku":"INTGB-SENUNT-SC-064","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/61_03d30abc-ba2e-421d-93aa-e35b690cefbf.png?v=1778640003"}],"url":"https:\/\/tentangkita.my\/collections\/tumbuh-intelektual.oembed","provider":"Tentang Kita","version":"1.0","type":"link"}