{"product_id":"kita-hanya-sehelai-daun-gugur","title":"Kita Hanya Sehelai Daun Gugur","description":"\u003cp data-pm-slice=\"0 0 []\"\u003eIlham tentang buku ini tercetus ketika saya sedang duduk termenung sendirian di dalam kereta, melihat daun-daun yang gugur di cermin hadapan. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSaya perhatikan daun-daun yang gugur itu ada pelbagai jenis, saiz, bentuk dan warna. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDari situ, saya rasa setiap daun itu mempunyai ceritanya yang tersendiri. Sama ada kita peduli atau tidak, daun yang gugur itu pernah tumbuh, bertahan dan memberi makna. Sebelum akhirnya, tiba masa untuk gugur. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDalam karya sederhana ini, adanya tulisan-tulisan refleksi kehidupan yang ilhamnya datang daripada pengamatan terhadap hal-hal kecil dalam hidup, yang berlaku secara rawak dan tidak tentu, yang selama ini mungkin kita tidak hiraukan namun bagi saya setiap daripadanya mempunyai makna. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMudahnya, karya ini adalah tentang \u003cem\u003ethe art of noticing\u003c\/em\u003e (seni mengamati hal-hal kecil yang berlaku secara rawak dalam hidup).\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJuga saya masukkan di dalamnya catatan peribadi dan puisi yang ditulis sepanjang perjalanan hidup saya yang tidak seberapa ini. Saya kutip dari kotak ingatan agar menjadi bukti, bahawa saya pernah menjadi manusia. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJujurnya, saya tidak memaksa anda untuk memahami apa yang ditulis. Saya cuma mahu anda hayati dan rasai sahaja apa yang ada dalam buku ini—\u003cstrong\u003e\u003cem\u003eKita Hanya Sehelai Daun Gugur.\u003c\/em\u003e\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":44921453904063,"sku":"EMGB-KITHAN-SC-057","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/55_b1e8901f-8fa8-4450-a4b3-ba4d7e1d6538.png?v=1776243461","url":"https:\/\/tentangkita.my\/products\/kita-hanya-sehelai-daun-gugur","provider":"Tentang Kita","version":"1.0","type":"link"}