{"product_id":"memeluk-sebuah-kekalahan-a-shafiq","title":"Memeluk Sebuah Kekalahan - A. Shafiq","description":"\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eJangan baca buku ini di saat anda sedang bahagia.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eBuku ini digarap untuk menemani anda menghadapi hari-hari sepi dan diselubungi kekalahan tanpa henti. Tidak kiralah kalah daripada segi pencapaian, kewangan ataupun perpisahan.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eKerana ada kekalahan yang tidak pernah diumumkan kepada sesiapa.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eKekalahan apabila melihat orang lain semakin jauh ke hadapan, sedangkan kita masih berdiri di tempat yang sama.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eKekalahan apabila sudah bekerja sekuat tenaga, tetapi hidup masih tidak berubah seperti yang diharapkan. Kekalahan apabila wang yang dimiliki tidak pernah cukup untuk membeli kehidupan yang diimpikan.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eKekalahan apabila seseorang yang kita cintai memilih untuk pergi, dan kita terpaksa belajar hidup dengan ruang kosong yang ditinggalkannya.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eAda juga kekalahan yang lebih sunyi. Kalah sebagai seorang anak yang merasakan dirinya belum mampu membalas jasa ibu dan ayah.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eDan mungkin yang paling menyakitkan—kalah selepas kita sudah memberikan segala-galanya namun sering kali tak dihargai dan dikhianati.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eIni bukan buku tentang bagaimana untuk menjadi pemenang. Ini adalah buku tentang \u003c\/span\u003e\u003cspan\u003eseni untuk memeluk segala luka ketika kita sedang kalah.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eDan mungkin, setelah selesai membacanya, kita akan sedar— \u003c\/span\u003e\u003cspan\u003ekita tidak semestinya perlu menang di setiap pertempuran takdir yang panjang.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cb id=\"docs-internal-guid-ef4b13ce-7fff-730f-0f61-46f8b70966bc\"\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/b\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46104515150015,"sku":"EMGB-MEMSEB-SC-078","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/72_c0403202-db10-4f06-8a53-a0e7e558d680.png?v=1787900790","url":"https:\/\/tentangkita.my\/products\/memeluk-sebuah-kekalahan-a-shafiq","provider":"Tentang Kita","version":"1.0","type":"link"}