{"product_id":"seni-untuk-berani-bersemuka-rizal-rashid","title":"Seni Untuk Berani Bersemuka - Rizal Rashid","description":"\u003cp\u003eDalam kehidupan ini, ramai antara kita memilih untuk diam demi menjaga hubungan. Kita takut bersuara kerana bimbang akan mencetuskan konflik. Namun, diam yang berpanjangan sering kali memakan diri. Malah ia turut menimbulkan salah faham dan mencipta luka emosi yang tidak pernah sembuh.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuku ini membongkar seni dalam berdepan (confrontation).\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJika sebelum ini, kita menyangkakan konfrontasi akan membawa kepada pergaduhan, buku ini akan mengajar kita bahawa ia adalah kemahiran matang yang dapat menyembuhkan ketegangan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMelalui gabungan perspektif psikologi moden, kisah kehidupan sebenar dan panduan adab daripada sirah, pembaca akan dibimbing untuk memahami akar ketakutan semasa konfrontasi, lalu menguruskan emosi sendiri sebelum dapat menyampaikan kebenaran dengan cara yang beradab.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetiap bab akan membawa pembaca menelusuri perjalanan dari dalam diri-daripada mengenali ego dan ketakutan, kepada membina bahasa yang tepat dan niat yang bersih sebelum melakukan konfrontasi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKonfrontasi yang beradab dapat menguatkan mesej yang ingin disampaikan. Dan dari situlah bermulanya hubungan yang lebih sihat, matang dan bermakna.\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":45288041775295,"sku":"INTGB-SENUNT-SC-064","price":49.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/Seni_untuk_Berani_Bersemuka_3.png?v=1776242819","url":"https:\/\/tentangkita.my\/products\/seni-untuk-berani-bersemuka-rizal-rashid","provider":"Tentang Kita","version":"1.0","type":"link"}