{"product_id":"solat-sebuah-refleksi","title":"Solat: Sebuah Refleksi","description":"\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eBuku ini datang dengan fokusnya tersendiri, iaitu refleksi. Semua rukun qauli dan fe’li, yakni perkataan dan perbuatan, telah saya kupas dengan dua lensa: satunya, lensa linguistik. Saya hurai serba sedikit maknanya dari sudut bahasa dan istilah. Duanya, lensa reflektif. Saya huraikan juga bagaimana refleksi setiap rukun dan bacaan terhadap diri kita sebagai hamba. \u003c\/span\u003e\u003cb\u003e\u003c\/b\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eUntuk melengkapkan lagi buku ini, saya kepilkan tatacara (kaifiyat) setiap rukun secara ringkas dan bacaannya yang sahih dari hadis menurut Mazhab Syafi’e. Saya juga ada bandingkan dengan mazhab lain sebagai tujuan belajar dan menambah sudut pandang, bukan mengelirukan. \u003c\/span\u003e\u003cb\u003e\u003c\/b\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eTidak cukup dengan itu, saya kepilkan juga beberapa bacaan sunnah dalam setiap rukun yang pelbagai menurut Mazhab Syafi’e. Tujuannya agar kita boleh mempelbagaikan bacaan supaya solat kita menjadi lebih kaya dengan bacaan dan doa.  Selain rukun, saya juga menambah sedikit huraian mendalam dari lensa linguistik kata yang sangat terkenal, iaitu Subhanallah dan Rabb, yang kita baca dalam rukuk dan sujud.\u003c\/span\u003e\u003cb\u003e\u003c\/b\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp dir=\"ltr\"\u003e\u003cspan\u003eSeboleh yang mungkin saya berusaha melambakkan apa sahaja ilmu yang menurut saya penting untuk diulang kaji. Jika masih ada yang kurang, saya mohon maaf. Kerana pada akhirnya buku ini cuma berteduh di bawah satu hasrat: moga-moga sesiapa membacanya, solatnya itu lebih bermakna.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Tentang Kita","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":45626258227391,"sku":"SPGB-SOLSEB-SC-068","price":34.3,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0722\/6972\/5887\/files\/48_8e4cec73-a02b-4a02-b704-0a0ec623f0b3.png?v=1778570393","url":"https:\/\/tentangkita.my\/products\/solat-sebuah-refleksi","provider":"Tentang Kita","version":"1.0","type":"link"}